Berniaga di Shopee ni sangat sesuai untuk orang yang dah ada kerja tetap dan nak buat kerja sambilan dari rumah untuk tambah pendapatan. Sebabnya nanti saya akan ceritakan di bawah…
Tapi sebelum tu adakah anda tahu atau pernah buat bisnes secara dropship ni? Baiklah anda tak perlu pening kepala…konsep bisnes secara dropship ni mudah saja…
1 – Anda jual produk orang lain tanpa perlu beli stok dan buat penghantaran.
2 – Anda pasarkan produk di mana – mana platform dengan harga jualan (kos+untung) dan bayar pada supplier (pembekal) pada harga kos (harga dropship) sahaja. Biasanya anda perlu berurusan dan bersetuju dahulu dengan pihak pembekal tentang harga produk yang anda nak jual tu.
3 – Bila anda ada pembeli anda hanya perlu hantarkan order tersebut bersama dengan maklumat pembeli dan sekali bayaran pada pembekal. Mereka yang akan uruskan penghantaran produk pada pembeli (customer) anda tadi.
Simple kan?

shopee, bisnes shopee, buat duit shopee, buat duit online, buat duit tanpa modal, panduan jual di shopee, panduan dropship shopee